X

Kindly register in order to view this article
!

Polis buka kertas siasatan kematian pemandu kereta MAHB

A
A

SHAH ALAM - Polis membuka kertas siasatan susulan kematian seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang dirempuh sebuah pesawat swasta di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAS), Subang ketika memandu kereta unit kejuruteraan MAHB.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

"Pihak polis akan memanggil saksi-saksi yang terlibat secara langsung mahu pun tidak untuk merakamkan percakapan mereka," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan nahas di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi Isnin lalu, pesawat swasta terbabit dipercayai hilang kawalan ketika mahu mendarat di LTSAS lalu lalu merempuh bahagian hadapan cermin dan bumbung kereta itu.

Penumpang dan anak kapal terbabit dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan, bagaimanapun mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, yang cedera parah telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mohd Ruzaimi bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang, keesokan harinya ketika menjalani rawatan.

MAHB memaklumkan pihaknya sudah menubuhkan pasukan penyiasatan dengan kerjasama Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi merungkai punca sebenar kejadian itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!