Siasatan nahas di LTSAAS dijangka siap dalam sebulan

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar memeriksa kawalan kehormat daripada 229 rekrut pegawai dan anggota keselamatan penerbangan yang ditauliahkan pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas di Kompleks Bunga Raya hari ini.- Foto Bernama

A
A
A

SEPANG - Siasatan Biro Siasatan Kemalangan Udara berhubung kemalangan di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS) yang menyebabkan seorang kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) maut, dijangka siap dalam masa sebulan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata pihak yang turut menjalankan siasatan ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Penyiasatan berhubung kemalangan itu masih dijalankan kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita selepas majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan MAHB di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, kakitangan MAHB Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali, 39, cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di landasan LTSAAS, Subang. Mangsa menghembuskan nafas terakhir Selasa lepas semasa dirawat di sebuah hospital swasta.-Bernama

Artikel Berkaitan: