25 pengunjung pusat hiburan di Lorong Haji Taib dikompaun RM25,000

Seramai 25 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM25,000 kerana melanggar SOP PPN dalam serbuan ke atas sebuah premis di Lorong Haji Taib Dua, Chow Kit di Kuala Lumpur.
Seramai 25 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM25,000 kerana melanggar SOP PPN dalam serbuan ke atas sebuah premis di Lorong Haji Taib Dua, Chow Kit di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 25 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Lorong Haji Taib Dua, Chow Kit di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis turut menahan dua warga asing dalam serbuan sekitar jam 1 pagi tersebut.

"Seramai 27 individu diperiksa terdiri daripada 15 lelaki tempatan, 10 wanita tempatan, seorang lelaki dan wanita warga asing kesemuanya berusia dalam lingkungan 35 hingga 41 tahun.

"Kesemua warga tempatan dikompaun RM1,000 seorang dan jumlah keseluruhan RM25,000," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noor Dellhan berkata, dua warga asing tersebut ditahan untuk membantu siasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Langkah-Langkah Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 2021.

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya

Artikel Berkaitan: