Lebih 12,000 individu lengkap vaksin belum terima sijil vaksinasi

Dr Siti Mariah
Dr Siti Mariah
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 12,604 individu yang lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 menerusi Program Vaksin Selangor (SelVax) masih belum menerima sijil daripada pihak MySejahtera setakat Isnin.

Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, nilai tersebut mewakili 1.92 peratus daripada jumlah keseluruhan sebanyak 664,354 individu iaitu 97.24 peratus yang telah mendapat sijil vaksinasi tersebut.

Menurutnya, baki daripada jumlah berkenaan ialah individu yang belum lengkap mendapatkan dos kedua vaksin.

"Antara punca utama menyebabkan kelewatan sijil vaksinasi ialah dokumen peribadi seperti nombor kad pengenalan atau nombor telefon yang digunakan bagi tujuan pendaftaran berbeza di aplikasi SELangkah dengan MySejahtera.

"Penerima yang masih belum mendapat sijil vaksinasi tersebut boleh berhubung melalui 'Contact Support' di aplikasi SELangkah yang mempunyai akses terus dgn MySejahtera Helpdesk," katanya ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Negeri Selangor, di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dr Siti Mariah turut mengulas isu caj yang dikenakan bagi setiap sijil MySejahtera untuk penerima vaksin menerusi program SelVax.

Ujarnya, satu perbincangan lanjut akan diadakan di antara pemilik aplikasi MySejahtera dan Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor bagi memperhalusi perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: