Aplikasi Hijrah Diri: Idris arah Jakim dapatkan penjelasan SKMM

 Idris Ahmad
Idris Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) susulan tindakan Google Play mengeluarkan aplikasi Hijrah Diri daripada platform berkenaan.

Idris berkata, beliau dimaklumkan aplikasi Hijrah Diri yang dibangunkan Jakim itu telah dikeluarkan daripada Google Play.

"Ternyata ini adalah perkara yang sangat mendukacitakan apabila sebuah aplikasi untuk menarik manusia kembali kepada fitrah diri mereka, apatah lagi menjelang bulan yang mulia, Ramadan Al Karim, telah dinafikan oleh golongan tertentu.

"Sedangkan banyak lagi aplikasi yang mendorong kepada maksiat telah berleluasa dengan megah di peranti-peranti, yang kian merosak jiwa umat Islam dan anak muda kini," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Beliau menambah, perkembangan tersebut adalah cabaran besar buat Jakim.

"Mohon doa semua umat Islam dan rakyat Malaysia, agar usaha kecil kami di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama melalui agensi utama iaitu Jakim untuk mengajak manusia kembali kepada ALLAH SWT dipermudahkan," katanya.

Pada 9 Mac, Jakim bersama Yayasan Ihtimam Malaysia menubuhkan aplikasi Hijrah Diri bagi memantau golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah masing-masing.

Artikel Berkaitan: