Aplikasi Hijrah Diri Jakim digantung

Tangkap layar kenyataan Dr Rafidah Hanim di Facebook pada Khamis. Gambar kecil: Dr Rafidah Hanim
Tangkap layar kenyataan Dr Rafidah Hanim di Facebook pada Khamis. Gambar kecil: Dr Rafidah Hanim
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi Hijrah Diri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah digantung akibat maklum balas negatif daripada pihak-pihak tertentu yang mendakwa ia merupakan satu bentuk ‘conversion therapy’ (terapi penukaran).

Naib Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, tindakan tersebut menidakkan hak beragama golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Muslim yang ingin menyelesaikan polemik diri masing-masing.

“Ini menidakkan hak beragama bagi komuniti LGBT Muslim yang ingin menyelesaikan polemik diri masing-masing.

“Jika mereka bertaubat dan berubah, itu adalah hak mereka, hak beragama. Aplikasi itu juga satu bentuk dakwah yang ‘optional’ (memberi pilihan), tidak dipaksakan ke atas sesiapa,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Khamis.

Pada 9 Mac, Jakim bersama Yayasan Ihtimam Malaysia menubuhkan aplikasi Hijrah Diri bagi memantau golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah masing-masing.

Mengulas lanjut, Dr Rafidah Hanim turut menggalakkan orang ramai supaya memberi sokongan kepada usahawan-usahawan seperti pembangun aplikasi iaitu Raxbit.

“Ambil cakna tentang bagaimana cara melaporkan 'review' (maklum balas) negatif oleh mereka yang tidak ada kena mengena dengan aplikasi tersebut,” katanya.

Artikel Berkaitan: