Festival Toyota Gazoo Racing kembali gegar Litar Sepang

Pusingan 1 Festival Toyota Gazoo Racing 2022 dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu dan Ahad ini.
Pusingan 1 Festival Toyota Gazoo Racing 2022 dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada Sabtu dan Ahad ini.
A
A
A

BUAT peminat sukan permotoran khususnya perlumbaan empat roda - Litar Antarabangsa Sepang akan kembali digegarkan dengan Festival Toyota Gazoo Racing pada Sabtu dan Ahad ini.

Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran berkata, edisi kali ini akan memfokuskan empat segmen utama dengan tumpuan kepada perlumbaan di trek dan dalam talian melalui Festival Toyota Gazoo dan Kejohanan Esports GR Velocity.

“Kami akan terus membina momentum kukuh ini untuk memacu kedua-dua jenama, Toyota dan Gazoo Racing ke hadapan dengan aktiviti serta produk yang menarik,” katanya dalam satu kenyataan.

Festival Perlumbaan Toyota GAZOO melibatkan Vios Challenge edisi kali ini pula akan berlangsung dalam tiga pusingan dengan enam perlumbaan.

Perlumbaan Pusingan 1 akan bermula pada 18 Mac hingga 20 Mac diikuti Pusingan 2 (24 hingga 26 Jun) dan Pusingan 3 (23 hingga 25 September).

Perlumbaan dibahagikan kepada empat kategori melibatkan Promosi bagi selebriti tempatan, Kelas Super Sporting (pemandu elit dan profesional), Sukan (pemandu amatur) dan Rookie (pemandu muda).

Secara keseluruhan, lebih RM500,000 hadiah wang untuk dimenangi termasuk RM70,000 dan RM50,000 kepada juara keseluruhan juara Super Sporting dan Sporting Class.

Festival Toyota Gazoo dan Vios Challenge sebelum ini berjaya menarik lebih daripada lapan juta penonton dengan mengumpulkan capaian media sosial melebihi 19 juta untuk menjadikannya antara acara sukan permotoran domestik yang paling ditonton.

Artikel Berkaitan: