Carragher yakin Liverpool mampu menang EPL

Carragher
Carragher
A
A
A

BEKAS pemain Liverpool, Jamie Carragher percaya The Reds mampu merampas gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) daripada Manchester City musim ini selepas pasukan tersebut menewaskan Arsenal 2-0 di Stadium Emirates awal pagi Khamis.

Menurut Carragher, peluang untuk Liverpool menang masih terbuka memandangkan pasukan kendalian Jurgen Klopp itu kini sedang mengekori rapat pendahulu liga, Manchester City sambil menyifatkan pertembungan di Stadium etihad pada bulan hadapan akan menjadi penentu juara liga musim ini.

“Ini kali pertama saya beranggapan Liverpool mampu memenangi liga musim ini kerana sebelum ini saya sentiasa katakan City akan jadi juara sejak awal musim ini.

“Siapa yang akan jadi juara musim ini akan ditentukan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad. Sebab apa yang saya lihat ketika ini, situasinya 50-50,” katanya.

Liverpool berjaya merapatkan jurang dengan pendahulu Liga EPL, Manchester City hanya satu mata selepas Diogo Jota dan Roberto Firmino berjaya menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Arsenal di Emirates.

Skuad kendalian Jurgen Klopp memanfaatkan keputusan seri tanpa jaringan City ketika menentang Crystal Palace untuk memastikan persaingan merebut kejuaraan musim ini bertambah sengit.

Untuk rekod, Liverpool kini memenangi sembilan perlawanan liga berturut-turut, menjaringkan 23 gol dan hanya dibolosi dua kali.

Artikel Berkaitan: