Kaki kanak-kanak tersepit dalam mangkuk tandas

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersepit dalam mangkuk tandas dalam kejadian di Taman Maluri pada Rabu.
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan yang tersepit dalam mangkuk tandas dalam kejadian di Taman Maluri pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan menempuh detik mencemaskan apabila kakinya tersepit dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Taman Maluri di sini pada Rabu.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Rahmat Kamaruzaman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada jam 9.41 malam.

Menurutnya, seramai 16 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dengan bantuan BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi didapati kaki kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun tersepit di dalam mangkuk tandas.

Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit dalam mangkuk tandas di Taman Maluri pada Rabu.
Anggota bomba mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersepit dalam mangkuk tandas di Taman Maluri pada Rabu.

"Mangsa dipercayai tergelincir mengakibatkan kakinya tersepit," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rahmat berkata, kerja-kerja mengeluarkan kaki mangsa dijalankan kira-kira dua jam dan dilaksanakan dengan teliti agar tidak mendatangkan kecederaan.

"Anggota bomba kemudian berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak perempuan tersebut dengan memecahkan paip tandas menggunakan power unit," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans untuk rawatan selanjutnya.