Remaja 14 tahun maut motosikal langgar penghadang besi

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan di Jalan Pantai - Temiang pada Rabu.
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan di Jalan Pantai - Temiang pada Rabu.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan di Jalan Pantai - Temiang pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss seorang diri sedang bergerak dari arah Jalan Pantai menuju ke arah Temiang.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang besi jalan dan menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.

"Akibat daripada kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Nanda berkata, mayat mangsa telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: