Suri rumah maut: Suami masih direman, anak mangsa dihantar ke Hospital Bahagia

Anak lelaki kepada wanita OKU yang maut dibunuh di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati pada 23 September lalu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Anak lelaki kepada wanita OKU yang maut dibunuh di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati pada 23 September lalu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk mendapatkan rawatan lanjut.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Anak lelaki kepada wanita orang kurang upaya (OKU) yang maut dibunuh di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati pada 23 September lalu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, remaja berusia 15 tahun itu sebelum ini direman bersama bapanya yang berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Suami mangsa masih lagi dalam tempoh reman untuk siasatan. Hanya remaja berkenaan dihantar ke hospital di Ulu Kinta," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita OKU ditemukan maut dengan kesan kecederaan dipercayai akibat tikaman di rumahnya di Kampung Cheh Hilir, Kati pada Rabu lalu.

Mangsa, Nor Ainon Omar, 49, ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumah kampung berkenaan yang didiaminya bersama suami dan tiga anak.

Lelaki berusia 44 tahun (dua dari kiri) dan remaja lelaki berusia 15 tahun (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.
Lelaki berusia 44 tahun (dua dari kiri) dan remaja lelaki berusia 15 tahun (dua dari kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah ditemui mati dengan kesan tikaman

Suri rumah maut: Sempat beritahu suami kaki dicucuk dari bawah rumah, pisau ditemui di kebun

Artikel Berkaitan:

Suri rumah maut dibunuh: Suami, anak direman bantu siasatan

Suri rumah maut: Arwah sedang kopek ikan bilis sebelum ditusuk pisau

Lelaki berusia 44 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.
Lelaki berusia 44 tahun ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.38 petang selepas ahli keluarga menyedari mangsa berada dalam keadaan tertiarap, tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek.

Polis turut menemukan sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!