Lelaki juga mangsa keganasan rumah tangga: Hannah Yeoh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh, (PH-Segambut) berkata, laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati keganasan rumah tangga mendapati suami juga merupakan mangsa dalam institusi berkenaan.

Katanya, daripada 1,037 kes keganasan rumah tangga yang direkodkan daripada tahun 2017 hingga bulan Jun tahun lalu, mendapati 5.4 peratus mangsa adalah lelaki.

"Bukan mangsa semuanya wanita, lelaki juga mangsa keganasan rumah tangga dan kita dapati daripada 1,037 kes itu sebanyak 56 mangsa adalah lelaki," katanya menjawab soalan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) ketika sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, jelas Hannah, mencederakan mangsa secara fizikal merupakan kes paling tinggi dilaporkan iaitu sebanyak 448 kes.

"Kedua paling banyak dilaporkan adalah kes sengaja meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan iaitu sebanyak 401 kes diikuti sebanyak 69 kes penderaan secara psikologi dan emosi serta 30 kes melibatkan melakukan khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran," katanya.

Artikel Berkaitan: