Enam negeri mungkin pilih tak bubar DUN

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak enam negeri berkemungkinan memilih untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara itu ada dibincangkan bersama lima buah negeri lain ketika Mesyuarat Majlis Raja-Raja di ibu negara baru-baru ini.

"Saya ada berbincang dengan beberapa negeri, enam negeri termasuk Negeri Sembilan semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja tempoh hari.

"Enam negeri mengatakan yang mereka mungkin akan tunggu sehingga ke akhir tempoh penggal. Tapi saya tidak boleh maklumkan negeri-negeri yang mana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sistem MyCare semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sembilan di Majlis Bandaraya Seremban(MBS) pada Selasa.

Ditanya sama ada enam negeri itu termasuk Selangor dan Pulau Pinang, Aminuddin yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sembilan(MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan hanya menjawab ringkas, ia mungkin.

Menurutnya, pihak yang meminta untuk PRU15 segera diadakan ialah Barisan Nasional(BN).

"Yang minta (PRU15 segera) hanya BN dan dalam BN itu pun ada yang minta dan ada yang tidak. Untuk makluman saya tidak bubarkan sehingga tamat tempoh penggal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, enam negeri di bawah pemerintahan Pakatan Harapan(PH) selepas PRU14 ialah Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor manakala Pas membentuk kerajaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah