Siemone yakin nafi ‘sumpahan’ Ronaldo

Diego Simeone
Diego Simeone
A
A
A

PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone yakin untuk menghapuskan 'sumpahan' penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo terhadap skuad kendaliannya sebelum ini dengan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Menurut Simeone, Ronaldo sebelum ini pernah mengatakan bahawa Atletico tidak akan mampu untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apatah lagi setelah diikat 1-1 oleh United pada aksi pertama saingan kalah mati di Stadium Wanda Metropolitano, 24 Februari lalu.

Justeru, katanya pada aksi kedua saingan kalah mati di Old Trafford pada Rabu, skuad kendaliannya itu akan beraksi bersungguh-sungguh bagi mengesahkan slot ke suku akhir.

“Saya percaya mampu ‘melawan’ sumpahan Ronaldo itu dan seterusnya mencatatkan keputusan positif di Old Trafford nanti.

“Lagipun, ketika ini kesemua pemain dilaporkan cergas dan bersedia untuk beraksi pada perlawanan berkenaan.

Untuk rekod, Manchester United dan Atletico Madrid sekadar terikat 1-1 pada aksi pertama saingan kalah mati di Stadium Wanda Metropolitano, 24 Februari lalu.

Sementara itu, Siemone menjangkakan skuad kendaliannya itu bakal menerima tentangan sengit daripada United pada aksi kedua saingan kalah mati berkenaan.

Katanya, skuad The Red Devils itu juga sudah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mengesahkan slot ke suku akhir kali ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya meramalkan aksi sengit bagi perlawanan ini dan untuk itu saya mengingatkan kesemua pemain supaya bersedia secukupnya untuk mengharungi perlawanan ini,” katanya.