Wanita rentung: Pengawal keselamatan direman tujuh hari

Muhammad Idzam
Muhammad Idzam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes seorang wanita yang ditemukan rentung dalam bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar dalam kenyataan pada Isnin memberitahu, lelaki berusia 30-an itu direman bermula Ahad hingga Jumaat ini.

"Kita masih menyiasat motif kejadian itu. Mangsa yang juga penyelia kedai buku berusia 25 tahun itu tidak mempunyai sebarang hubungan dengan suspek," katanya.

Muhammad Idzam berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

"Punca kebakaran pula masih dalam siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.

Pada Ahad, media melaporkan mayat wanita disyaki dibunuh itu ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak yang memadamkan kebakaran bengkel pertanian kemahiran hidup itu selepas menerima laporan pada jam 6.04 petang.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: