Sze Fei-Nur Izzuddin tawan Terbuka Jerman

Sze Fei dan Nur Izzuddin menoktahkan kejayaan gemilang pada Terbuka Jerman 2022.
Sze Fei dan Nur Izzuddin menoktahkan kejayaan gemilang pada Terbuka Jerman 2022.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman 2022 di Muelheim an der Ruhr pada awal pagi tadi.

Tampil sebagai satu-satunya wakil Malaysia di pentas final, Sze Fei-Nur Izzuddin mengesahkan kejuaraan selepas menewaskan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 23-21, 16-21, 21-14.

Untuk rekod, ia merupakan pertemuan kali pertama melibatkan aksi antara Sze Fei-Izzuddin dan Yu Chen-Xuan Yi di pentas antarabangsa.

Kejayaan tersebut menyaksikan Sze Fei-Nur Izzuddin yang kini menduduki ranking ke-17 dunia meraih gelaran sulung pada kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 300 BWF itu.

Pujian harus diberikan kepada gandingan muda negara itu apabila menampilkan aksi penuh bertenaga sepanjang perlawanan yang memakan masa 69 minit.

Malah, mereka tampil dengan semangat luar biasa dengan Nur Izzuddin dilihat mengalami kecederaan pada bahagian lutut pada penghujung set ketiga sebelum akhirnya menoktahkan kemenangan.

Artikel Berkaitan: