Lelaki rempuh kenderaan, gerai cuba lari daripada polis

Tindakan seorang lelaki melarikan diri apabila diperiksa membawa padah apabila suspek dikejar serta diberkas polis dalam kejadian di Jalan Ayer Embun berdekatan Masjid Ibnu Sina Titiwangsa, di sini pada Ahad. Gambar hiasan
Tindakan seorang lelaki melarikan diri apabila diperiksa membawa padah apabila suspek dikejar serta diberkas polis dalam kejadian di Jalan Ayer Embun berdekatan Masjid Ibnu Sina Titiwangsa, di sini pada Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki melarikan diri apabila diperiksa membawa padah apabila suspek dikejar serta diberkas polis dalam kejadian di Jalan Ayer Embun berdekatan Masjid Ibnu Sina Titiwangsa, di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, suspek didapati memandu sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier dalam keadaan mencurigakan.

"Sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jalan Tun Razak melakukan tugas ronda cegah jenayah di sekitar kawasan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur mendapati kereta berkenaan diparkir dalam keadaan mencurigakan di tepi Jalan Kuantan.

"Anggota polis kemudiannya memperkenalkan diri untuk membuat pemeriksaan, namun suspek bertindak melarikan diri dengan memandu secara agresif dan berbahaya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, suspek telah melanggar beberapa buah kenderaan lain dan gerai di sekitar kawasan itu ketika melarikan diri.

"Polis terus mengekori kenderaan suspek sehingga kenderaan tersebut berhenti di Jalan Ayer Embun berdekatan Masjid Ibnu Sina Titiwangsa," katanya.

Menurutnya, suspek kemudiannya berjaya ditahan namun rakannya melarikan diri.

"Pemeriksaan ke atas suspek berjaya menemui beberapa barang dipercayai hasil kegiatan jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Semakan ke atas kenderaan yang dipandu suspek mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu dan telah dilaporkan hilang sebelum ini," katanya.

Tambahnya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya.