Kerajaan umum kos, kuota haji awal April

Pengumuman mengenai kos mengerjakan haji serta kuota haji bagi tahun ini akan dijangka akan diumumkan awal bulan April. Foto hiasan
Pengumuman mengenai kos mengerjakan haji serta kuota haji bagi tahun ini akan dijangka akan diumumkan awal bulan April. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Pengumuman mengenai kos mengerjakan haji serta kuota haji bagi tahun ini akan dijangka akan diumumkan awal bulan April.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, hujung minggu ini kerajaan Malaysia yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad dijadualkan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Arab Saudi mengenai perkara berkenaan.

Ahmad Marzuk Shaary menghadiri Istiadat Konvokesyen Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) ke-6 di Dewan Komplek Jubli Perak, Panji pada Ahad. - Foto Bernama
Ahmad Marzuk Shaary menghadiri Istiadat Konvokesyen Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) ke-6 di Dewan Komplek Jubli Perak, Panji pada Ahad. - Foto Bernama

Katanya, perbincangan turut merangkumi aspek prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi jemaah haji semasa menunaikan ibadah itu nanti.

"Beliau (Idris) akan ke Arab Saudi atas jemputan bermula 18 hingga 27 Mac ini. Antara perkara yang dijangka dibincangkan nanti adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan SOP dan urusan haji.

"Kerajaan akan membuat pengumuman berkaitan SOP dan kos haji berdasarkan hasil perbincangan itu nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di Kompleks Dewan Jubli Perak Panji di sini pada Ahad.

Pada majlis yang turut dihadiri Ketua Eksekutif KTD Dr Nik Kamarulzaman Awang Teh@Abdullatiff itu, 92 graduan menerima Diploma masing-masing dalam bidang Pengurusan Perniagaan; Multimedia; Pengajian Al-Quran Dan As-Sunnah; dan Syariah.

Sementara itu Ahmad Marzuk berkata, pelaksanaan penjarakan fizikal untuk solat jemaah selaras ‘Fasa Peralihan Ke Endemik' mulai 1 April ini, terletak dalam bidang kuasa kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Terpulang kepada mereka (kerajaan negeri) untuk guna pakai ataupun tidak, kerana ia bidang kuasa negeri. Di peringkat Wilayah Persekutuan kita laksanakan tanpa penjarakan," katanya. - Bernama