Penduduk India dijangka lebih ramai berbanding China tahun ini

India dijangka memintas China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang pertengahan tahun ini. - Foto AFP
India dijangka memintas China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang pertengahan tahun ini. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - India dijangka memintas China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia menjelang pertengahan tahun ini, menurut data yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor BBC.

Sehingga ini, jumlah penduduk India dianggarkan mencecah 1,428.6 juta berbanding China 1,425.7 juta.

Ini menunjukkan India bakal mempunyai 2.9 juta penduduk lebih ramai daripada negara jirannya itu.

PBB berkata, anggaran dibuat mereka tidak termasuk penduduk di Wilayah Pentadbiran Khas China iaitu Hong Kong dan pulau Taiwan yang mana Beijing berusaha merampasnya untuk bergabung dengan tanah besar itu.

Pada November lalu, populasi global dilaporkan melepasi lapan bilion orang. Tetapi, pakar berkata bahawa pertumbuhan sekarang tidak secepat dulu dan kini berada pada kadar paling perlahan sejak 1950.

Kedua-dua China dan India menyaksikan kadar kelahiran rendah. Di China populasi penduduk mula merosot sejak akhir tahun ini walaupun negara itu memansuhkan dasar satu anak pada 2016 dengan memperkenalkan semula insentif untuk pasangan mempunyai dua anak.

Di India, kadar kesuburan telah menurun dengan ketara sejak kebelakangan ini iaitu 5.7 kelahiran setiap wanita pada 1950 kepada 2.2 kelahiran pada hari ini.