Bersatu terus sokong Muhyiddin

Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bersatu akan terus menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu, kata Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dalam kenyataan pada Ahad, Ahmad Faizal berkata, perjuangan Presiden Bersatu itu mesti diteruskan.

"Saya dan seluruh ahli parti di semua peringkat tetap menyokong dan mendukung kepimpinan beliau,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan sebagai berkata, beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sekiranya dikehendaki kepimpinan dan ahlinya, berikutan kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pada Ahad..

Menurut Ahmad Faizal, satu kajian menyeluruh akan dilakukan untuk mengenal pasti faktor prestasi Bersatu yang hanya memenangi dua daripada 33 kerusi yang ditandingi, selain faktor peratusan rendah pengundi keluar mengundi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada jentera pilihan raya PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan yang telah bertungkus lumus sepanjang kempen PRN Johor.

"Semangat kebersamaan ini mesti kita teruskan demi memperkasakan perjuangan parti kita. Kepada ALLAH, kami berserah,” katanya.

Artikel Berkaitan:

PRN Johor berakhir Sabtu dengan kemenangan besar Barisan Nasional yang berjaya menawan 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undagan Negeri Johor yang ditandingi manakala Pakatan Harapan memenangi 11 kerusi, PN memenangi tiga dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) serta PKR masing-masing berjaya meraih satu kerusi.

-Bernama


Dapatkan keputusan #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my