Semua calon Pemuda UMNO menang dalam PRN Johor

Shahril Sufian Hamdan
Shahril Sufian Hamdan
A
A
A

SHAH ALAM- Kesemua lima calon Pemuda UMNO yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu menang di kerusi-kerusi yang ditandingi.

Lebih istimewa, Datuk Najib Samuri yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Yaani berjaya mengalahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan daripada Parti Amanah Negara.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam catatan di Facebooknya, turut mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon Pemuda yang berjaya menundukkan lawan masing-masing.

Selain Najib, Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah turut menang di Larkin manakala Mohd Fared Mohd Khalid menang di Semerah, Fazli Salleh (Bukit Pasir) dan Aznan Tamin di Tanjung Surat.

Artikel Berkaitan: