Feichtenbeiner gembira aksi cemerlang Selangor FC

A
A
A

PENGENDALI Selangor FC Michael Feichtenbeiner jelas gembira dengan kemenangan 6-0 ke atas pasukan Liga M3, Harini FT 6-0 pada aksi pusingan pertama Piala FA, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Jumaat.

Menurut Feichtenbeiner, pemain juga dilihat berjaya mendominasi keseluruhan perlawanan dalam usaha menepati ramalan memenangi perlawanan berkenaan.

“Secara keseluruhannya, saya memang berpuas hati dan gembira dengan persembahan dipamerkan pemain.

“Lagi pun, sebagai pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super, Selangor FC seharusnya memenangi perlawanan ini selain mendominasi perlawanan secara keseluruhannya.

“Saya juga dapat saksikan ada beberapa lagi peluang gol yang gagal dimanfaatkan oleh pemain tetapi apa pun kemenangan ini sudah cukup memadai,” jelasnya.

Pada perlawanan berkenaan menyaksikan Herlison Ferreira mencipta hatrik jaringan pada minit ke-17, 63 dan 67 ikuti Hyuri Kosta (minit 29), Muhammad Safuwan Baharuddin (minit 42), dan Muhammad Syahir Bashah (minit 47).

Sementara itu pengendali Harini FT, M Gopalan berkata, dia menyifatkan aksi berdepan Selangor FC sebagai sesi latihan buat skuad kendaliannya bagi mengharungi saingan Liga-M3 selepas ini.

Katanya, pengalaman berharga yang diperolehi pemain ketika berdepan Selangor FC diharap dapat membantu corak permainan anak buahnya kelak.

Artikel Berkaitan:

“Secara keseluruhannya, terima kasih kepada Selangor FC kerana perlawanan ini telah membantu kita mengenali kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki pada saingan Liga-M3,” katanya.