Khaled Nordin buang undi awal, elak kesesakan

Mohamed Khaled menunjukkan calitan ungu pada jarinya selepas selesai membuang undi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang pada Sabtu.
Mohamed Khaled menunjukkan calitan ungu pada jarinya selepas selesai membuang undi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang pada Sabtu.
A
A
A

PASIR GUDANG - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin antara yang awal hadir hadir di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rinting 1 di sini pada jam 8.07 pagi bagi melaksanakan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu.

Menurut bekas Menteri Besar Johor itu, beliau hadir awal bagi mengelakkan kesesakan selain bagi membolehkannya meninjau ke pusat pembuangan undi berdekatan dan perjalanan PRN Johor di kawasan lain.

"Saya bangun pagi seperti hari-hari biasa, bangun pagi tadi untuk solat subuh dan mempunyai keyakinan Barisan Nasional (BN) akan muncul juara pada penghujung hari ini.

"Kita tahu ramai akan gunakan peluang dan hak mereka untuk undi, jadi untuk elak kesesakan orang ramai, saya datang awal hari ini," katanya ringkas ketika ditemui pemberita.

Mohamed Khaled membuang undi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang pada Sabtu.
Mohamed Khaled membuang undi di SK Taman Rinting 1, Pasir Gudang pada Sabtu.

Beliau selesai mengundi di saluran satu kira-kira pada jam 8.30 pagi.

Ketika ditanya siapa yang bakal beliau pilih selaku wakil rakyat di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas, Mohamed Khaled hanya tersenyum dan menunjukkan warna baju kemeja biru tua yang dipakainya.

"Tengok warna baju yang saya pakai ni, ini warna Biru BN atau PN (Perikatan Nasional)?" katanya secara berseloroh kepada wartawan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Penyelia Pusat Mengundi berkenaan, Mohd Ghazali Hamat berkata, pusat mengundi bagi kerusi DUN Permas itu memiliki lapan saluran bagi seramai 4,723 pengundi.

DUN Permas menyaksikan perlawanan lima penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Baharudin Mohamed Taib; Perikatan Nasional (PN), Tazul Arifin; Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mahaya Ahad; Pakatan Harapan (PH), Syed Othman Syed Abdullah dan Parti Warisan (Warisan), Mohamed Ridza Busu.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my