Lagi jutawan Rusia lepaskan pegangan kelab

Stadium Gelredome di Kota Arnhem, Belanda merupakan laman rasmi Vitesse. - Foto AFP
Stadium Gelredome di Kota Arnhem, Belanda merupakan laman rasmi Vitesse. - Foto AFP
A
A
A

PEMILIK kelab Eredivisie Belanda Vitesse Arnhem, Valeriy Oyf mengumumkan penjualan pegangan dalam Vites seterusnya meninggalkan lembaga kelab yang kini menduduki tangga keenam liga tersebut.

"Sejujurnya saya amat sedih untuk meninggalkan kelab dengan cara ini, namun dalam situasi semasa saya mengambil keputusan sukar ini demi kepentingan kelab, pekerja, penyokong, penaja dan pihak berkepentingan lain," kata Valeriy Oyf dalam satu kenyataan di laman web kelab.

Untuk rekod, Oyf antara jutawan Rusia terkenal di Britain apabila menjadikan Vites sebagai kelab membantu pemain Chelsea mendapatkan permit kerja dan pengalaman bersama pasukan utama.

Mason Mount, Fikayo Tomori dan Armando Broja antara pemain yang mendapatkan minit permainan secara pinjaman di Vites sebelum beralih ke cabaran yang lebih besar bersama kelab utama.

Bagaimanapun, hubungan kedua-dua kelab tersebut agak longgar sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan oleh sekatan pinjaman dilaksanakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan selain pertukaran pemilikan dengan Aleksandr Chigirinsky pada 2018.

Oyf masih belum disenaraikan dalam senarai 26 ahli perniagaan Rusia yang berdepan sekatan atau aset dirampas dikaitkan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, namun hubungannya dengan syarikat seperti Rosneft dan Gazprom berkemungkinan menjadikannya sasaran.

Artikel Berkaitan: