Promosi Ramadan

No Image Caption
A
A
A
Pengunjung Raia Hotel and Convention Centre Kuching mengambil pelbagai hidangan lazat pada promosi preview Ramadan Buffet dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan memakai pelitup hidung dan mulut serta menjaga jarak fizikal.

Kerajaan membenarkan mulai 1 April semua restoran beroperasi 24 jam atau waktu sebenar permis perniagaan itu dibuka.

Orang ramai dijangka akan memenuhi hotel, cafe, restoran, kedai makan untuk menjalani ibadah berbuka dan sahur bermula April depan, namun Ramadan tahun ini pengunjung perlu mematuhi SOP yang ketat bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Antara SOP yang harus dipatuhi selain SOP yang sedia ada ialah pihak penganjur harus menetapkan dan menandakan secara jelas laluan khas keluar dan masuk tetamu atau pelanggan dan perimeter kawasan tempat berbuka puasa.- Foto Bernama
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia

No Image Caption
GALERI

Prototaip EV Myvi Emo-1

No Image Caption
GALERI

Kawasan konflik Nagorno-Karabakh

No Image Caption
GALERI

Persediaan ternakan korban