Bekalan air di KL dijangka pulih sepenuhnya jam 4 pagi esok

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di semua 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 pagi, Sabtu, kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri.

Beliau berkata, bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna di kawasan yang terjejas setelah bekalan air bersih melalui ujian kualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kg Cheras Baru, Kuala Lumpur telah siap dilaksanakan pada jam 4.15 pagi, 11 Mac 2022.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki akan terus digerakkan di kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air disarankan untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

Beliau dalam masa turut menasihatkan pengguna agar mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki tersebut.

“Air Selangor berharap agar pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Artikel Berkaitan:

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

“Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” jelasnya.