KKM keluarkan 42 kompaun sepanjang PRN Johor

Khairy Jamaludin ketika sidang media pada lawatan di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang hari ini. Foto Bernama
Khairy Jamaludin ketika sidang media pada lawatan di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang hari ini. Foto Bernama
A
A
A

TANGKAK - Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, 13 kompaun telah dijelaskan membabitkan nilai keseluruhan RM13,000.

"Walaupun ada 42 kompaun dikeluarkan, tetapi setakat ini pematuhan boleh tahan dan saya harap akan kekal sehingga hari pengundian nanti kerana yang penting kita mahu pengundi Johor keluar mengundi dan rasa selamat untuk mengundi,” katanya selepas melawat Klinik Kesihatan Bukit Gambir di sini, hari ini.

Khairy pada masa sama meminta semua calon dan jentera parti yang bertanding supaya kekal mematuhi SOP terutamanya dalam soal penjarakan fizikal semasa sesi tinjauan dan ceramah.

"Penjarakan fizikal ni susah kita nak ‘maintain’ (kekalkan) satu meter sekarang, sebab itu saya maklumkan kepada penguat kuasa saya guna budi bicara dengan penjarakan yang munasabah,” katanya.

Beliau berkata KKM mengeluarkan lima kompaun kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan pelanggaran SOP, namun sehingga kini hanya satu kompaun telah diserahkan pada 8 Mac lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: