Mayat bayi disembunyi bapa lebih setahun dalam peti sejuk

Anggota penyelamat memeriksa mayat bayi yang ditemui dalam peti sejuk beku di perkampungan Wa Ket, Muang, Chiang Mai. - Agensi
Anggota penyelamat memeriksa mayat bayi yang ditemui dalam peti sejuk beku di perkampungan Wa Ket, Muang, Chiang Mai. - Agensi
A
A
A

CHIANG MAI - Mayat bayi baru lahir ditemui di dalam peti sejuk beku yang dipercayai disembunyikan bapanya di sebuah rumah selama lebih setahun, lapor Bangkok Post.

Menurut Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai, mayat bayi yang dibalut dengan tuala kuning ditemui pekerja yang diupah mengubah suai sebuah rumah di perkampungan Wa Ket di daerah Muang di sini.

Katanya, bayi yang mati selepas dilahirkan itu adalah milik pasangan kekasih yang dahulunya tinggal di rumah tersebut yang tidak dapat mengebumikan bayi itu selepas ibunya ditangkap atas dakwaan mencuri.

Sebelum ibu bayi yang dikenali sebagai Uew berusia 24 tahun dihantar ke penjara, pemilik asal rumah itu berpindah semula ke rumahnya dan apabila pekerjapengubah suaian membuka peti ais tersebut, dia menemui mayat bayi dibungkus dan diletakkan mainan bersamanya.

Tambahnya, pegawai polis dan pasukan penyelamat bergegas pergi ke rumah tersebut dan mendapati mayat bayi itu telah meninggal dunia lebih setahun lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan: