SPRM tahan bekas pengarah minta rasuah lebih RM1.2 juta

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KOTA KINABALU - Seorang bekas pengarah di sebuah jabatan kerajaan Negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta dan menerima rasuah bernilai lebih RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kota Kinabalu, di sini, kira-kira jam 10 pagi Rabu.

Difahamkan, lelaki terbabit yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima suapan itu daripada dua syarikat sebagai balasan memberikan projek perkhidmatan penundaan di jabatan itu antara 2017 hingga 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan tangkapan itu berkata, disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Suspek dijangka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat," katanya ketika dihubungi.

Artikel Berkaitan: