Ikrar PN majukan ekonomi Johor

No Image Caption
A
A
A

Keutuhan ekonomi Johor yang menjadi antara lapan tunjang utama fokus Perikatan Nasional (PN) dalam ikrar gabungan itu bakal membawa negeri ini lebih maju berbanding negeri-negeri lain.

Calon PN bagi DUN Kempas, Nur Faizal Abdullah, 49, berkata, ekonomi lebih kukuh dan mampan ketika penularan Covid-19 yang dihadapi kini amat diharapkan rakyat Johor.

Katanya, Johor merupakan sebuah negeri penyumbang utama kepada ekonomi negara pada 2020 selain Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sarawak.

Justeru, beliau berkata, hanya PN yang mampu membawa perubahan dalam sektor ekonomi Johor yang lebih maju menerusi tunjang keutuhan ekonomi yang digariskan dalam Ikrar PN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan slogan ‘Demi Bangsa Johor’.

“Johor yang mempunyai banyak potensi ekonomi termasuk bersempadan dengan Singapura memerlukan pengemudi atau kerajaan yang dapat memacu lebih banyak peluang ekonomi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Menerusi tunjang Ikrar PN iaitu keutuhan ekonomi, saya dapat lihat pelbagai pelan dirangka Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Antaranya pelan sedekad Johor yang bakal memberi manfaat kepada setiap lapisan rakyat Johor,” katanya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan:

Nur Faizal
Nur Faizal

Menurut Nur Faizal, beberapa inisiatif ekonomi bakal dilaksanakan dengan pemerkasaan kegiatan ekonomi setempat bagi kawasan terletak di sempadan negeri Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan. “Industri strategik di kawasan yang terletak di sempadan negeri boleh ditingkatkan dengan pemerkasaan ekonomi yang dilakukan.

Ia melibatkan industri pelancongan, industri kecil dan sederhana (IKS) dan pengangkutan. “Inisiatif yang bakal dilakukan akan mengoptimumkan pelbagai sektor termasuk ekonomi. Ikrar keutuhan ekonomi ini jelas menunjukkan perancangan yang rapi untuk Johor,” ujarnya.

Katanya, pertumbuhan ekonomi Johor diterajui oleh sektor perkhidmatan khususnya dalam subsektor perdagangan borong dan runcit; makanan dan minuman serta penginapan; diikuti sektor pembuatan khususnya dalam produk elektrik, elektronik turut menjadi tumpuan PN.

“Saya percaya rakyat Johor pasti mahu sebuah kerajaan yang boleh membangun dari segi ekonomi. Justeru PN jadi pilihan tepat untuk PRN Johor,” katanya.

REAKSI

Mohd Ikhwan
Mohd Ikhwan

Johor mempunyai banyak potensi ekonomi. Ikrar PN bagi keutuhan ekonomi ini mampu memacu ekonomi lebih baik tanpa mengabaikan suara rakyat terutama golongan anak muda.” - Mohd Ikhwan Mohd Ibrahim, 32

Ikrar PN bagi tunjang ekonomi cukup bagus kerana mereka menggariskan apa yang dilakukan sekiranya menang pada PRN Johor kali ini. Saya yakin sektor ekonomi tidak boleh diabaikan kerana ia cukup penting kepada pembangunan negeri.” - Mohd Izzy Huzairy Abdullah, 33

Saya harap golongan muda diberikan perhatian dengan pendekatan lebih baik dan mesra. Ikrar PN mampu bawa perubahan dari segi ekonomi kepada setiap lapisan masyarakat.” - Azam Yaakob, 35

Rrnie
Rrnie

Tidak dinafikan penularan Covid-19 memberi kesan kepada perkembangan sektor ekonomi. Namun langkah digariskan PN dalam ikrar mereka boleh bawa perubahan dan memacu sektor ekonomi lebih rancak di Johor.” - Ernie Jamaludin, 34

Ikrar PN berkaitan keutuhan ekonomi mampu dicapai dengan inisiatif yang diperkenalkan pucuk pimpinan. Pengalaman PN mentadbir negara sebelum ini membuktikan mereka mampu melakukan pembaharuan.” - Mohd Azhari Mohd, 34

Arif
Arif

Saya ada melihat Ikrar PN berkaitan keutuhan ekonomi untuk Johor. Saya harap inisiatif dan pendekatan yang dibuat akan meletakkan Johor sebagai negeri yang lebih maju pada masa hadapan.” - Arif Yacob, 34