Pemuda ditahan miliki senapang angin, 21 bebola besi

Senapang angin dipercayai milik seorang pemuda yang dirampas polis.
Senapang angin dipercayai milik seorang pemuda yang dirampas polis.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang pemuda berusia 27 tahun ditahan kerana dipercayai memiliki selaras senapang angin bersama 21 bebola besi di sebuah rumah di Kampung Bukit Durian, Gual Ipoh di sini pada Isnin.

Serbuan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada jam 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, bertindak atas maklumat polis menahan suspek dan pemeriksaan di dalam poket seluar yang dipakai menjumpai sembilan bebola besi dan tiga biji dadah jenis pil kuda.

Tabung gas buatan sendiri dipercayai alatan yang digunakan bersama senapang angin turut dirampas.
Tabung gas buatan sendiri dipercayai alatan yang digunakan bersama senapang angin turut dirampas.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam rumah suspek menjumpai selaras senapang angin buatan sendiri bersama 12 bebola besi dan satu tabung gas.

“Di kawasan luar rumah terdapat tiga guni berisi buah terung dianggarkan bernilai RM3,500 yang dipercayai dicuri di kawasan Bukit Durian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Ujar beliau, berdasarkan semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan:

“Suspek juga disiasat berkait kes kecurian terung mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.