Penganggur dakwa halusinasi lastik pengguna jalan raya

Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang penganggur ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan perbuatan melastik pengguna jalan raya dalam kejadian di lampu isyarat Amanjaya di sini kira-kira jam 6.20 petang Isnin.

Video memaparkan perbuatan lelaki itu yang berdurasi 29 saat tular di media sosial selepas dimuat naik seorang pengguna lain sehingga mendapat lebih 1,600 komen.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 49 tahun itu mengaku melakukan perbuatan berkenaan dan mendakwa mengalami halusinasi.

Menurutnya, suspek yang menunggang motosikal itu dilihat memegang lastik getah di tangan kiri sebelum menghala ke hadapan.

Video berdurasi 29 saat yang tular merakamkan aksi suspek melastik pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat.
Video berdurasi 29 saat yang tular merakamkan aksi suspek melastik pengguna jalan raya ketika berhenti di lampu isyarat.

"Perbuatan itu bagaimanapun sempat dirakam seorang pengguna lain dan memuat naik di Facebook Penduduk Sungai Petani bertujuan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada

Artikel Berkaitan:

"Pada jam 11 malam (Isnin), suspek ditahan di Taman Desa Aman, Sungai Lalang," katanya.

Adzli memberitahu, polis turut merampas lastik serta batu dalam raga motosikal miliknya dan suspek dikesan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 dan siasatan selari dilakukan bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1956.