Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan ambil langkah segera tangani banjir kilat di KL

Keadaan kenderaan orang awam yang ditenggelami air akibat banjir kilat susulan hujan lebat petang ini sekitar Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Keadaan kenderaan orang awam yang ditenggelami air akibat banjir kilat susulan hujan lebat petang ini sekitar Jalan Kia Peng berdekatan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Susulan kejadian banjir kilat yang berlaku di beberapa lokasi di sekitar ibu kota, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa kementerian dan agensi telah mengambil langkah segera bagi memastikan keselamatan Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, sebanyak enam kawasan di pusat bandar, Kuala Lumpur telah dilanda banjir kilat dan dinaiki air pada Isnin.

Ismail Sabri dalam masa sama menasihati orang ramai agar mengelakkan diri daripada melalui kawasan yang terlibat dengan banjir kilat.

Pasukan bomba dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir kilat di Tadika Ruscanee JKR, Jalan Cheras. (Foto - Twitter)
Pasukan bomba dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir kilat di Tadika Ruscanee JKR, Jalan Cheras. (Foto - Twitter)

“Elak melalui kawasan banjir kilat dan berhati-hati memandu sewaktu hujan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan berlakunya hujan lebat sekitar jam 3 petang menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat antaranya Kampung Baru, Bukit Bintang dan Jalan Kuchai Lama.

Menerusi gambar tular di media sosial, beberapa kenderaan yang diletakkan bersebelahan bangunan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) kelihatan ditenggelami banjir.

Selaras dengan itu, terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir (SMART) juga ditutup sepenuhnya sebagai persediaan operasi banjir.

Artikel Berkaitan:

Anggota keselamatan membantu mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur pada Isnin.
Anggota keselamatan membantu mangsa banjir di sekitar Kuala Lumpur pada Isnin.

Banjir yang melanda menyaksikan ribuan kereta yang diletakkan di parkir terbuka dan bawah tanah dalam bangunan sekitar ibu kota ini turut tenggelam.

Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad juga telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan banjir kilat di Petaling Jaya, Klang dan Shah Alam.