Ibu kota dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR - Hujan lebat sekitar jam 3 petang menyebabkan beberapa lokasi di sekitar ibu kota dilanda banjir kilat antaranya Kampung Baru, Bukit Bintang dan Jalan Kuchai Lama.
Menerusi gambar tular di media sosial, beberapa kenderaan yang diletakkan bersebelahan bangunan Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI) kelihatan ditenggelami banjir.
Seorang pengguna Facebook, Nubailah Muda, 39, berkata, dia bersama suami serta tiga anak terperangkap dalam kereta selepas paras air naik sehingga 0.5 meter di Jalan Kuchai Lama.
"Mohon doakan hujan di Kuala Lumpur segera berhenti. Kami tersangkut dalam banjir," luahnya.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar 4 petang sewaktu mereka dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas selesai urusan di Jalan Klang Lama.
"Kami tak boleh gerak kerana air semakin tinggi, kebanyakan lori juga mengundurkan kenderaan kerana air deras di hadapan.
"Buat masa ini hujan dah semakin reda dan masih menunggu air surut. Doakan hujan cepat berhenti, " katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah
15 Oktober 2026 10:45amRakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya
15 Oktober 2026 10:33amKematian Asiah: Pemandu BYD dibawa ke mahkamah
15 Oktober 2026 09:26amKes bunuh Irene Sofiya: Rakan sekelas akan didakwa pagi ini
15 Oktober 2026 08:44am19 kes DNAA: AG wajib kemuka alasan supaya tidak ditohmah wujud sistem pilih kasih - Peguam
14 Oktober 2026 11:44pmGempar pesawat bawa ratusan penumpang 'terhempas'
14 Oktober 2026 02:07pmPRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
14 Oktober 2026 08:29pm- Iklan -- Iklan -

