60 'water jet' untuk bantu mangsa banjir di Terengganu

Tengku Farok (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan water jet daripada Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) kepada Mohd Rosman (kanan) sambil disaksikan Datuk Awalan (tiga dari kanan) untuk diagihkan kepada mangsa banjir terjejas di Terengganu.
Tengku Farok (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan water jet daripada Majlis Datuk Persekutuan Malaysia (MDPM) kepada Mohd Rosman (kanan) sambil disaksikan Datuk Awalan (tiga dari kanan) untuk diagihkan kepada mangsa banjir terjejas di Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Majlis Datuk Dato Malaysia (MDDM) menyumbangkan sebanyak 60 unit penyembur air atau 'water jet' untuk kegunaan mangsa banjir yang terjejas di Terengganu.

Sumbangan itu diserahkan oleh Presidennya, Datuk Awalan Abdul Aziz kepada Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK), Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil yang juga Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Bencana MDDM, Datuk Rosli Mat Hassan; Setiausaha Jawatankuasa Kebajikan dan Bencana MDDM, Datuk Mat Noor Nawi dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Mohd Rosman Abdullah.

Sementara itu, Mohd Rosman berkata, peralatan itu akan diagihkan untuk kegunaan penduduk terjejas banjir di daerah Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun.

Beliau berkata, sumbangan 60 unit 'water jet' dapat membantu melancarkan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kawasan terlibat.

"Sumbangan berupa water jet dari MDDM ini ialah untuk kegunaan mangsa pasca banjir di kawasan terjejas dan ia telah diagihkan ke daerah-daerah berkaitan.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berharap sumbangan ini dapat mempercepatkan lagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas," katanya.

Artikel Berkaitan: