Lima premis menjalankan aktiviti perjudian dipotong bekalan elektrik

Abd Khalid (dua dari kanan) ketika hadir dalam operasi pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis perjudian dalam talian di USJ1 1 di sini pada Isnin.
Abd Khalid (dua dari kanan) ketika hadir dalam operasi pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis perjudian dalam talian di USJ1 1 di sini pada Isnin.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebanyak lima premis yang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian di daerah ini dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat di USJ1, Sunway, Puchong dan Putra Heights.

"Sepanjang bulan Januari dan Februari lalu, sebanyak 11 buah premis telah diserbu oleh polis mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Kebanyakan premis yang diserbu adalah rumah kedai yang dipercayai disewa oleh sindiket judi dalam talian," katanya ketika ditemui di USJ 1 di sini pada Isnin

Abd Khalid berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 buah premis telah diarahkan untuk dipotong bekalan elektrik oleh TNB.

"Operasi pemotongan bekalan elektrik akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai langkah untuk memerangi kegiatan judi dalam talian.

"Sekiranya pemilik premis mahu melakukan pemasangan semula bekalan elektrik, mereka perlu mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu sebelum TNB membuat penyambungan semula," ujarnya.

Beliau berkata, pemotongan bekalan elektrik itu mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289).

Artikel Berkaitan:

"Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang didapati melanggar undang-undang," katanya.