Jadual Bekerja Guru Sesi 2022/23 palsu: NUTP

NUTP memuat naik jadual palsu yang tular di Facebook pada Ahad.
NUTP memuat naik jadual palsu yang tular di Facebook pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) pada Ahad menafikan maklumat berkaitan jadual bekerja guru yang tular di laman sosial pada Ahad.

NUTP yang berkongsi perkara itu memaklumkan, Jadual Bekerja Guru Sesi 2022/23 yang memaparkan waktu bertugas selama 38 jam seminggu itu adalah palsu.

Jadual tersebut turut memaparkan guru mula bertugas seawal jam 7.30 pagi hingga 3.30 petang pada Isnin, Selasa dan Khamis.

Selain itu, pada Rabu, guru bertugas jam 7.30 pagi hingga 5 petang dengan aktiviti kokurikulum bermula 2 petang manakala bertugas hingga 12 tengah hari pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: