Debat isu Felda buang masa

AHMAD
AHMAD
A
A
A

PONTIAN - Kerugian ditanggung Felda serta syarikat besar lain di Bursa Saham Malaysia berpunca daripada Perikatan Nasional (PN) yang gagal mentadbir urus kewangan ketika mengambil alih pemerintahan negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mendakwa perkara itu berkata, cabaran debat isu Felda oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai buang masa.

"Apabila mereka mengambil alih kerajaan ada dasar penting yang menyebabkan saham jatuh, maka FGV Holdings Bhd (FGV) yang sebelum itu tidak pernah rugi serta syarikat besar lain seperti Lembaga Tabung Haji dan khazanah Nasional Bhd mengalami nasib sama selain Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang memberikan pulangan dividen rendah.

“Jadi apabila saham jatuh (negara) rugi RM400 bilion kita pula disalahkan, ini tidak betul. Buang masa saja berdebat. Tiada faedah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Mohamed Azmin mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengannya mengenai isu Felda sebelum proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Mohamed Azmin mencabar Najib itu selepas Ceramah Umum Ikrar Demi Bangsa Johor di markas Pas kawasan Muar, cawangan Parit Pechah, malam Sabtu.

Artikel Berkaitan: