PICK bukan kejayaan PN sahaja: Ahmad

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN - Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Covid-19 Kebangsaan (PICK) bukan semata-mata disebabkan parti Perikatan Nasional (PN) kerana ramai yang terlibat ialah menteri daripada UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, antara menteri terbabit ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilantik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Adham Baba, yang pernah dilantik Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Sains Teknologi dan Inovasi) serta Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini dilantik Menteri Kanan Pertahanan.

"Semua kelulusan kewangan di Dewan Rakyat juga majoritinya diluluskan ahli Parlimen yang majoritinya daripada UMNO. Mana ada

menteri daripada Bersatu buat kerja seteruk itu. Jadi kena berpada-pada membuat sebarang dakwaan tentang jasa mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perasmian Karnival Kerjaya Jamin Kerja di Dewan Jubli Intan Pontian oleh Ismail Sabri pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan isu pemberian vaksinasi percuma dilaksanakan kerajaan melalui PICK tidak sepatutnya dijadikan bahan kempen parti politik sempena PRN Johor.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilaporkan berkata, perkara itu merupakan usaha kerajaan yang dibentuk bersama gabungan parti Barisan Nasional (BN), PN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) supaya tidak terlalu yakin dan leka dengan serangan pihak pembangkang yang terus memainkan pelbagai sentimen.

Artikel Berkaitan:

Katanya, memasuki minggu akhir kempen, jentera BN perlu menggandakan usaha dan mematuhi arahan yang disampaikan melalui zon utara, timur, selatan dan tengah.

"Harapan BN untuk menang PRN kali ini cukup besar. BN menyasarkan menang 38 kerusi iaitu dua pertiga daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Johor.

"Setakat pagi ini, saya berpuas hati dengan perkembangan kempen BN di seluruh negeri. Saya sentiasa memantau mengikut zon beberapa isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik oleh jentera," katanya.


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my