Banjir di Kelantan: Jumlah mangsa di PPS menurun

Beginilah keadaan sebahagian rumah penduduk yang digenangi banjir. - Foto Bernama
Beginilah keadaan sebahagian rumah penduduk yang digenangi banjir. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan semakin berkurang iaitu 2,730 berbanding 4,715 sehingga jam 8 pagi, pada Sabtu.

Menurut portal InfoBencanaJKM, ia melibatkan 836 keluarga yang ditempatkan di PPS iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

Walaupun keadaan cuaca di beberapa kawasan kembali cerah dan tidak mengalami hujan, masih ada beberapa kawasan yang digenangi air sehingga menjejaskan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan.

Rata-rata penduduk kampung kebanyakannya sudah mula kembali ke rumah masing-masing untuk mengemas rumah masing-masing selepas ditenggelami air.

Mangsa yang masih berada di PPS dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan arahan pihak berwajib untuk menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan: