Enakmen anti-lompat parti penting bagi kestabilan politik Johor

Barisan pimpinan dan calon PH pada Majlis Pelancaran Tawaran Tindakan PH pada Jumaat
Barisan pimpinan dan calon PH pada Majlis Pelancaran Tawaran Tindakan PH pada Jumaat
A
A
A

BATU PAHAT- Pelaksanaan enakmen anti-lompat parti penting bagi kestabilan politik Johor yang merupakan antara fokus Tawaran Tindakan Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pelaksanaan Tawaran Tindakan PH Johor adalah selari dengan pindaan Perlembagaan berkait Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan di Persidangan Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat.

“Jadi bermakna ia sekali gua menyokong apa yang telahpun dipersetujui sebagai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani PH dengan Kerajaan Persekutuan.

“Jadi ia bukan satu perkara yang asing atau lain daripada apa yang kita tuntut,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Tawaran Tindakan PH Johor di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata, sememangnya terdapat persamaan dalam tawaran yang diberikan PH dengan parti lain.

Namun, PH memfokuskan lebih kepada kemajuan tumpuan kepentingan rakyat.

Apabila ditanya mengenai calon Menteri Besar bagi PH jika gabungan parti politik itu diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, beliau berkata ia masih tidak dibincangkan.

“Ini kerana terdapat beberapa perkara yang lebih penting termasuk menang pada PRN itu.

Artikel Berkaitan:

“Walaupun kita (PH) yakin kita boleh menang tetapi untuk meletakkan seseorang sebagai calon akan dibincangkan pada masa yang sesuai, apabila menang,” ujarnya.