Remaja nyaris dibelit sawa

Tular di media sosial seekor ular seberat 26 kilogram memasuki sebuah bilik tingkat 14, PPR Hiliran, di sini, awal pagi tadi.
Tular di media sosial seekor ular seberat 26 kilogram memasuki sebuah bilik tingkat 14, PPR Hiliran, di sini, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berusia 18 tahun nyaris dibelit ular sawa ketika tidur di kediamannya di tingkat 14, Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, di sini.

Mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, berkata, dia terjaga kira-kira jam 4 pagi apabila merasai ada sesuatu berlingkar di lehernya.

"Mula-mula saya terjaga jam 3 pagi, masa tu tiada apa-apa lagi. Saya sambung tidur semula.

"Dalam jam 4 pagi tu saya rasa ada benda lembik di leher. Dalam gelap tu nampak kepala ular dan terasa lidahnya di leher saya.

Nor Alia Aqilla menunjukkan lokasi ular bersembunyi ketika ditangkap pihak bomba.
Nor Alia Aqilla menunjukkan lokasi ular bersembunyi ketika ditangkap pihak bomba.

"Saya bingkas bangun terus buka lampu. Terkejut sangat nampak ular sepanjang 10 kaki sedang berlingkar di atas katil," katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Nor Alia Aqilla berkata, dalam keadaan panik, ibu saudaranya, Nor Elida Khaidir, 27 menelefon pihak bomba untuk memaklumkan kejadian, sementara mereka sekeluarga menunggu di luar rumah.

Katanya, empat anggota bomba tiba jam 5.30 pagi untuk menangkap ular seberat 26 kilogram dengan panjang kira-kira 3.3 meter itu.

Artikel Berkaitan:

NYARIS MAUT DIBELIT ULAR SAWA KUALA TERENGGANU - Seorang remaja berusia 18 tahun terselamat daripada dibelit ular sawa...

Posted by Sinar Harian Edisi Terengganu on Wednesday, March 20, 2019