PSM langsai hutang ASTAF

Mohd Sumali
Mohd Sumali
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PERSATUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) melunaskanhutang tertunggak sebanyak AS$15,000 (RM 63,886.25) kepada Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) selepas tidak menerima sebarang maklum balas berkenaan permohonan pengurangan denda tersebut.

Presiden PSM, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, dengan selesainya hutang tersebut, pihaknya berharap ASTAF akan mempertimbangkan kelulusan untuk menerima kembali badan induk sepak takraw negara itu sebagai ahli gabungannya semula.

“PSM telah membuat bayaran penuh kepada ASTAF berjumlah AS$15,000 dalam tempoh yang telah ditetapkan.

“PSM berharap dengan pembayaran tersebut, ASTAF akan mempertimbangkan kelulusan kemasukan PSM sebagai ahli gabungan ASTAF sebagaimana permohonan yang telah dibuat oleh PSM pada 28 Februari 2022," katanya.

Beliau juga yakin dengan kelulusan tersebut akan memberikan kesan menang-menang kepada kedua-dua pihak, selari dengan hasrat dan objektif utama kedua-dua pertubuhan iaitu kemajuan.

Terdahulu ASTAF meminta PSM melangsaikan kos sesi pendengaran panel disiplin sebanyak AS$15,000 sebelum mengemukakan rayuan menyertai semula badan induk berkenaan.

Presiden ASTAF, Datuk Abdul Halim Kader berkata, rayuan PSM yang berada di bawah kepimpinan baharu, Mohd Sumali untuk kembali bersama ASTAF tampak terlalu awal memandangkan denda dikenakan masih belum dilangsaikan.

Artikel Berkaitan: