Jangan percaya janji manis PN: Halimah

Halimah Mohamed Sadique
Halimah Mohamed Sadique
A
A
A

KOTA TINGGI - Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique berharap agar pengundi di Johor tidak terperangkap dengan janji manis yang ditawarkan Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen UMNO itu berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari PN sebelum ini diberikan peluang dua kali untuk mentadbir Johor namun masih gagal untuk memenuhi janji yang diberikan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

"Saya harap, pengundi di Johor, jangan terperangkap dengan janji manis. Dulu dah sekali, lepas itu dua kali.

"Tidak ada apa pun buat. Takkan kali ketiga boleh jadi," katanya ketika ditemui pemberita, di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berharap agar pengundi di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimennya iaitu DUN Sedili dan DUN Johor Lama supaya mengekalkan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Pada masa sama, beliau turut menyatakan keterbukaannya terhadap persaingan politik yang berlaku di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

"Apa juga persaingan berlaku, itu hak demokrasi yang patut diberikan.

"Saya yakin pengundi dalam kawasan kedua-dua DUN akan berikan sekali lagi mandat kepada BN untuk tubuhkan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH kita akan uruskan agenda berkaitan kesejahteraan rakyat. Manifesto sudah umum, itu bukan janji kosong," ujarnya.