McGregor minat nak beli Chelsea

Conor McGregor - Foto AFP (Gambar kecil: Status McGregor mengenai Chelsea)
Conor McGregor - Foto AFP (Gambar kecil: Status McGregor mengenai Chelsea)
A
A
A

JAGOAN sukan tempur, Conor McGregor memberi bayangan berminat membeli juara Piala Dunia Kelab, Chelsea daripada Roman Abramovich.

Atlet berusia 33 tahun dari Ireland yang lebih dikenali sebagai Notorious membuat ciapan di Twitter dengan berkata, “Saya mahu meneroka perkara ini @ChelseaFC.”

Abramovich sebelum ini mengesahkan dia mahu menjual penyandang juara Liga Juara-Juara kendalian Thomas Tuchel tersebut dengan tawaran bernilai 3 bilion pound (RM16.8 bilion).

Jutawan dari Rusia itu juga dilaporkan bersedia melepaskan pegangan terhadap kelab London yang dibeli sejak 2003 tersebut sekiranya mendapat permintaan terbaik selepas berdepan ancaman dikenakan sekatan kerajaan Britain berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Artikel Berkaitan: