Lima rumah kedai musnah terbakar

Anggota bomba membantu memadam kebakaran melibatkan lima rumah kedai di Jalan Beserah di sini pada awal pagi Khamis.
Anggota bomba membantu memadam kebakaran melibatkan lima rumah kedai di Jalan Beserah di sini pada awal pagi Khamis.
A
A
A
KUANTAN- Lima rumah kedai di Jalan Beserah di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, dalam kejadian yang dilaporkan jam 12.47 pagi itu tidak melibatkan kecederaan atau kematian mangsa.

Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melalui sistem MERS 999.

"Hasil maklumat diterima, anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, Indera Mahkota dan Gebeng ke lokasi kejadian dengan kekuatan logistik enam jentera untuk operasi pemadaman," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ismail berkata, api berjaya dikawal jam 2.14 pagi bagaimanapun lima kedai sederet itu musnah sepenuhnya.

"Operasi ditamatkan jam 6.04 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: