21 kompaun langgar SOP ketika kempen PRN Johor

Pegawai Jabatan Kesihatan mengeluarkan kompaun kepada menganjur Ceramah Mega Pakatan Harapan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika melakukan pemeriksaan SOP di Ceramah Mega Pakatan Harapan di Bilik operasi Utama Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Kota Iskandar malam Rabu. - Foto Bernama
Pegawai Jabatan Kesihatan mengeluarkan kompaun kepada menganjur Ceramah Mega Pakatan Harapan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika melakukan pemeriksaan SOP di Ceramah Mega Pakatan Harapan di Bilik operasi Utama Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Kota Iskandar malam Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengeluarkan 21 kompaun sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bermula Sabtu lepas, kata Pengarahnya Datuk Dr Aman Rabu.

Beliau berkata setakat 2 petang pada Rabu, kompaun yang dikeluarkan ke atas individu dan penganjur program yang termasuk dalam kempen PRN Johor itu disebabkan kesalahan umum tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

"Saya menasihati agar semuanya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya yang dihubungi Bernama pada Rabu.

Dr Aman berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan penguatkuasaan JKNJ melibatkan kompaun yang dikeluarkan sepanjang kempen PRN tersebut.

Pada 14 Februari lepas, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengarahkan Kementerian Kesihatan mengeluarkan kompaun kepada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) termasuk Bendahari Agung Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad dan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran.

Selain itu, penganjur program tinjaun mesra Pengerusi Lembaga Penasihat BN Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen Pulai, Ahad lepas, turut dikompaun.

Sehari sebelum itu, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Azrol Ab Rahani yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai dikompaun RM1,000 kerana gagal membuat penjarakan fizikal iaitu melakukan laga penumbuk di Dewan Raya Bandar Putra, Kulai.

Terbaharu, tiga kompaun bernilai RM3,000 dikenakan terhadap penganjur ceramah mega pertama anjuran Pakatan Harapan, malam Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: