73,938 pelajar di Selangor duduki SPM 2021 bermula hari ini

Seramai 73,938 pelajar di Selangor menduduki peperiksaan SPM termasuk calon persendirian bermula Rabu sehingga 29 Mac depan.
Seramai 73,938 pelajar di Selangor menduduki peperiksaan SPM termasuk calon persendirian bermula Rabu sehingga 29 Mac depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 73,938 pelajar di Selangor menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk calon persendirian bermula hari ini (Rabu) sehingga 29 Mac depan.

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran merangkap Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Nor Faridah A Bakar berkata, bagaimanapun seramai 219 orang positif Covid-19 setakat ini pula akan menjalani peperiksaan bagi fasa satu setelah tamat kuarantin pada minggu hadapan.

"Jika mereka kuarantin dalam minggu ni sahaja, minggu hadapan mereka boleh jalani peperiksaan bagi fasa satu.

Nor Faridah ketika ditemui media semasa melawat pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, pada Rabu.
Nor Faridah ketika ditemui media semasa melawat pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, pada Rabu.

"Kalau minggu depan dah keluar daripada kuarantin boleh menduduki SPM bagi kertas-kertas seterusnya. Kita tak mahu ada pelajar yang positif Covid-19 datang ambil peperiksaan kerana bimbang berlaku penularan.

"Oleh itu, kami mohon semua pihak dapat beri kerjasama kepada calon-calon," katanya ketika melawat pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Nor Faridah berkata, sebanyak 508 pusat peperiksaan dibuka untuk peperiksaan SPM seluruh Selangor pada kali ini.

Beliau berkata, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadualkan peperiksaan SPM fasa kedua pada April depan.

Artikel Berkaitan:

"Jangan bimbang mengenai pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan SPM pada fasa pertama sebaliknya pihak ibu bapa perlu memberi motivasi tinggi kepada anak-anak supaya mereka sentiasa tenang," katanya.