Lelaki 26 tahun korban keempat banjir di Kelantan

Jenazah mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang oleh pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan pembaca
Jenazah mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang oleh pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki berusia 26 tahun menjadi mangsa keempat banjir apabila ditemukan lemas di belakang Kedai RM2 di Kampung Kubang Jejuluk, Rantau Panjang pada Selasa.

Mayat Ahmad Faizal Zulkifli ditemukan pada jam 3.36 petang oleh Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menjalankan operasi bersama Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebaik sahaja ditemukan, mayat tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa telah hilang pada Ahad sebelum ditemukan pada hari ini," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, mangsa yang berasal Kampung Kubang Jejuluk, bekerja sendiri.

Beliau berkata, penemuan mangsa telah dimaklumkan kepada pihak keluarga.

Artikel Berkaitan: