Shafie Apdal turun padang bantu kempen calon Warisan

Mohd Shafie ( tengah) menyapa peniaga di Taman Utama sewaktu kempen calon Warisan di Pekan Nanas pada Isnin.
Mohd Shafie ( tengah) menyapa peniaga di Taman Utama sewaktu kempen calon Warisan di Pekan Nanas pada Isnin.
A
A
A

PONTIAN- Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menyangka masyarakat di negeri ini terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menerima kehadiran calon daripada parti itu dengan cukup baik.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, kesempatan berada di Johor pada masa ini akan digunakan untuk membantu kempen calon parti itu yang bertanding di DUN Pekan Nanas, Bekok, Mahkota, Johor Jaya, Bukit Batu dan Permas.

"Kita teliti secara mendalam untuk bertanding di Johor, bukan buat keputusan secara tangkap muat sahaja.

"Warisan menawarkan diri walaupun hanya ada enam calon sebagai calon alternatif.

"Calon kita ada pengalaman politik, peguam, aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) selain aktif dalam kerja kemasyarakatan," katanya.

Menurut Mohd Shafie, PRN Johor menjadi medan pertama buat Warisan di Semenanjung sejak parti itu dilancarkan di peringkat nasional, tahun lalu.

"Saya yakin Warisan mampu memberi impak dan diterima masyarakat di Johor. Seterusnya membawa perubahan dalam landskap politik negeri dan negara," katanya.

Artikel Berkaitan: